Persatuan Gerakan Penulis Malaysia (MyMove) akan menganjurkan MyBook Festival sebagai satu daripada program Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC) 2020. Ada empat acara sepanjang festival hibrid (on site + online) ini diadakan iaitu: BACA@Sekolah MyBookMove Club #SEMBANGPIS x MyMove Book Storybusking MyBook Festival dijadualkan berlangsung bermula Oktober 2020 sehingga April 2021. Ikuti perbincangan lanjut berkenaan MyBook Festival di Facebook KL BACA bersama-sama dengan Cikpuan Azzah AR, Cikpuan Rahmah Mokhtar dan Puan Husna Adnan. Rancangan bual bicara ini dihoskan oleh Hafiz Latiff.